Pages

Tuesday, September 20, 2011

lelaki memang gila bola ...

Assalamualaikum semua . Okay, hari ni gua tertarik nak menulis pasal perempuan . Nampak tak tajuk entri gua kali ni ? x payah nak tengok pelik sangat laaa . biasa sudaa . Lelaki tak gila bola ? so dyeorang ni gila apa ? kahkahkah . Okay okay . yang aku maksudkan kat sini ialah . apesal kaum hawa ni susah sangat nak faham lelaki yang gila bola ni ea ? gua tak cakap kat semua perempuan tapi rata-rata laa dan kebanyakan daripada mereka kurang memahami lelaki yang gila bola nih .

Bagi gua bola sepak dengan lelaki yang gila bola memang sukar dipisahkan . Lu pernah tengok orang menangis kerana bola ?pernah?x pernah? . okay itu atas diri masing masing . yang aku nak cakap kan kat sini . jangan pandang hina sangat pada yang menangis kerana bola demi negara dan negeri . lu pernah nangis ? lu cakap kat gua berapa kali lu nangis kerana bola? . ingat senang nak cari orang macam tu . jujur gua cakap . gua pernah nangis pada Final Piala FA 2011 . nah baca kat sini . nak gelak? ikut lu laa . AKU SAYANG NEGARA MALAYSIA ! AKU SAYANG NEGERI TERENGGANU ! . bukan apa . bila dah jiwa dan badan ini disentap oleh bola sepak . susah nak hilangkan . percaya atau tidak . cuba laa sendiri .

Lagi gua nak sambung . kan best dapat ajak awek pergi tengok sama-sama match dekat stadium . baru lah syok . betul ape kan? kalau BF keluar dengan kengkawan dia lepak mamak sampai 3,4 pagi tak payah la nak jadikan isu besar . Lu tak bagi dieorang keluar macam dieorang dah jadi suami . Ada ke patut suruh layan bola dekat ASTRO sensorang? Tak berperi kemanusiaan langsung . Tengok bola je kot. Bukannya apa sangat. Jadi sebagai kaum perempuan, tak banyak, sikit pun jadilah untuk korang amik info pasal bola sikit-sikit . Bukannya apa, at least kalau BF korang nak keluar tetengah malam tengok bola , cakap MENGKUYU vs CHELSHIT punya game, boleh ah korang detect betul ke tak . Tak pun tanya score ke . Paling tak pun lu tarik selimut tidur je lah tetengah malam. Takde pekdahnya pun nak tunggu dia balik sampai pagi buta.

Kaum lelaki sangat fanatik dengan bola sepak. Betul ! gua tak tipu. Jika lu selalu berkunjung ke perpustakaan , lu pasti akan sedar mengenai situasi ini;bila kaum Adam sampai sahaja di tempat bacaan surat khabar, dyeorang akan capai surat khabar dan terus pusingkan akhbar itu ke bahagian belakang, atau dalam erti kata lain, mereka akan terus membaca bahagian sukan . dyeorang tidak hiraukan cerita di Front cover, walaupun cerita itu cerita sensasi seperti cerita artis ditangkap basah atau cerita politik seperti ahli politik membintangi video lucah yang boleh buat lu serabut , dyeorang buat tidak kisah dan hanya memberi tumpuan 100% kepada bahagian sukan. Apa yang dapat gua simpulkan di sini, jika lu mahu berasa selamat di samping lelaki yang tidak lucah pemikirannya, cari lah lelaki yang sukakan bola sepak.

Paling untung dapat GF/Bini yang kaki bola sekali. Boleh gak lepak sama-sama tengok bola. Kan senang, depan mata.

Habis cerita. :)

No comments:

Post a Comment