Pages

Friday, October 14, 2011

SALUTE !

pengorbanan yang tidak mampu dibalas . -SALUTE ! - . hanya ucapan ini aku dapat ucapkan . Abdul Manaf Mamat . takziah pada Manaf atas kehilangan ayahanda yang tercinta kira-kira pukul 2 pagi tadi . semoga tabah menghadapai hari hari yang mendatang . Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman . AL-FATIHAH . namun disebalik semua ini berlaku . ada satu perkara yang bagi aku perlu hormat dan tabik pendirian Manaf . malam ini akan menyaksikan kelibat beliau dalam saingan suku akhir Piala Malaysia 2011 . memang sukar untuk percaya semua ni . pengorbanan yang dilakukan oleh Manaf terlalu tinggi , terlalu besar bagi negeri Terengganu . mana tidaknya . tidak sampai sehari kehilangan ayahanda tercinta ,beliau sanggup membantu pasukan Terengganu dalam saingan Piala Malaysia kali ini . aku nak tanya jugak? ada tak sebelum ini pemain pemain dari mana mana negeri sanggup melakukan semua ni ? kalau ada beritahu aku oke . tersentuh hati aku untuk menulis entri kali ini . Bagi Manaf,perjuangan malam ini tetap diteruskan . walau macam mana sekalipun yang berlaku . MANAF THE LAGEND ! . recpect from me ! semoga apa yang kau lakukan semua ini terbalas malam ini ,MANAF ! . insya-Allah . SALAM HORMAT .

Friday, October 07, 2011

Kanggarooooo 5-0 HARIMAU .

terkejut tengok keputusan persahabatan tadi ? keh keh keh . dah jangka dah ? tak kisah ? oke oke semua tuu atas diri sendiri oke . aku tak kesah ko nak cakap apa sekalipun . yang penting . AKU SOKONG MALAYSIA SAMPAI MATI ! . oke . first to first . aku bukannya nak kondem or nak kutuk pasukan atau perlawanan ini . oke . tengok 'ranking dunia' pun dah tahu kan . kangarooooo yg bersenang lenang di tangga ke 19 dunia dan di tangga kedua Asia . tapi kita ? macam biasa . tak ubah ubah dengan tersepit di laman bawah carta di ranking ke 146 dunia . oke . lawan kangaroooo . Raja ambik risiko gugur kan safiq sedang kan Malaysia perlukan midfield yang berpengalaman . tapi yang dipilih Ruben . Ruben setakat main universiade. dipilih dan terus main lwn kangaroooo . tak kesian ke player tu . Maybe potensi ade tp percaturan coach xtepat pada masa nya . tapi yang perlu semua tahu . K.RUBEN MAIN LAGI BAGUS DARI ASRA ! . faham kan kenapa ? J

Player yang berterusan drop performance tp tetap menjadi pilihan coach Raja dan antara penyumbang kekalahan Malaysia:

1. Mahali
2. Asra
3. Amar

faktor drop performance:
semua game yang melibat kan Malaysia Skuad Senior dan U23 pakai org same . tak kesian player2 ni semua game kene main . rase mcm dah hilang fokus pulak . berterabur semacam je . kenapa masih kekal kan Amar Rohidan ? kenapa masih kekalkan Asra ? apa fungsi sebenar kedua dua player ni . aku pun dah makin pening tengok dua orang ni main . ye aku tahu . dua orang ni anak emas KingGopal . so what the hell ?!! bola sepak bukan permainan individual tapi berpasukan ! cammon laaa . dah lama aku tengok dua orang ni maintain je dalam pasukan negara . tapi kenapa ? SEBAB PILIH KASIH ! . jujur aku cakap bagi aku . JAP ! mana datangnya Norhafiz Zamani Misbah ni ? heran aku . tetiba muncul setelah sekian lama menyepi . lebih heran siap KingGopal bagi lilitan kapten pasukan lagi . musykil aku . aku tahu dia bekas pertahanan yang hebat DULU . tapi DULU bukan sekarang . performance dia makin teruk . control ball teruk . hanya mampu tercegat lebih banyak daripada one on one . satu lagi . dia pun baru pulih dari ACL kan . mana mungkin dapat pulih sepenuhnya . okee . Shakir Shaari - The best midfielder . S.Subramaniam - The solid defender . Ashaari Samsudin - The great finisher .
mana datang 3 orang ni jangan tanya aku oke . FULL STOP !

p/s:tak dapat tackle player, tackle reff pun jadiiiii . TAHNIAH K.RUBEN :D

Thursday, September 22, 2011

Selipar Jepun 2 - 0 Harimau Malaya

okee . aku nak cakap awal awal . jangan nak kondem kaw kaw keputusan ni . banyak faktor yang boleh dilihat mengapa kita jauh ketinggalan dengan Jepun semalam . faktor pertama aku sekali ialah FAM lah . itu jek . FAM tu lah yang bersalah dalam semua hal yang melibatkan bolasepak Malaysia . Yang Teramat Mulia haruslah bertanggungjawab . yang jadi masalahnya kalau kalah mereka lebih suka bagi kesalahan pada pemain,coach dan faktor2 lain . kalau menang, contoh emas Sukan Sea dan Piala AFF, tiba2 merekalah hero sebenar . kat situ dah nampak kan . bagi aku . tak perlu ulas panjang perkara ni . sebabnya ramai dah ulas panjang perkara ni di Facebook dan Twitter . masing-masing dengan pendirian masing masing . masing masing dengan akal fikiran mereka . dengar tak gema ultras nippon ? .aku rasa benda tu dah buat beberapa pemain kita goyang . pemain kita dah besa main stadium penuh, tapi penuh bunyi trompet bising tu, balingan botol dan lain2 . haha . gema chant yang lebih padu aku rasa nak buat pemain lawan sedikit goyang, xbanyak pun sket la . tapi pemain jepun pulak dah biasa main stadium2 yang camtu . nak lawan mereka perlukan sedikit keberanian bagi pemain . lagi satu . aku nak sangat kecik main first eleven . style gile . selambe je dia dribble pemain jepun . kiri kanan semua jalan . aku salute performance dia semalam dengan apek . satu lagi berani dia tu, xpadan dengan kecik .haha . xsalah pertikai kalau nampak kurang, cemuh tu yang salah . hahaha . oke laa . setakat ni je kot entri aku kali ni . Selamat Maju Jaya Harimau Malaya !

Selamanya Harimau Malaya ! Demimu Malaysia !

Nah tengok gambar Wan Zack Haikal yang terpaksa dipapah keluar akibat kecederaan ankle . dan dikhabarkan berehat selama 2 minggu . info : Nasrul Tajuddin Darus ( Jurulatih Fasioterapi Olimpik )


-menerima rawatan dari Coach Nasrul Tajuddin


p/s :"mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar,Didik janganlah diherdik"