Pages

Tuesday, September 06, 2011

Segalanya bermula ..



Memulakan entri kali ini dengan penuh kesabaran . mesti korang faham ape yg aku maksudkan kan . bahang Piala Malaysia 2011 yang telah lama tersimpan akhirnya tiba jua . bagi peminat sukan tanah air , penyokong bola sepak , penonton , dan sesiapa saja . pastinya korang telah mencongak rentak dan keputusan awal bagi setiap pasukan masing2 dan tidak terkecuali aku . sepak mula yang akan dimulakan pada malam ini . menyaksikan ramai yang menyatakan pasukan pilihan seperti Terengganu , Kelantan , Selangor dan Kedah bakal mencuri tumpuan pada edisi kali ini dan menjulang piala ini pada tahun ini . tapi aku tak menafikan semua tuu . masing2 dengan kebolehan masing2 . strategi masing2 . bermain bukan untuk individu tapi bermain untuk pasukan . tidak termasuk di laman sosial , Facebook dan Twitter yg rata2 dipenuhi dengan kata2 semangat kepada pasukan masing2 . ramai juga mempertahankan negeri mereka dan tak dilupa pasukan berstatus kelab .

kalau masuk bab gaduh mulut dan 'keyboard warrior' tuu x payah cakap laa . penuh dengan emosi . cilake ape laaa . rileks laa wei . sabar . tunggu laa sepak mula dulu . jangan mudah melatah dan cepat meradang . dalam bola sepak ape jua boleh berlaku . kau nak kata team kau hebat . hebat setakat mana semua tuu . x pernah kalah ? x pernah bolos ? jangan sebarang cakap laa . ini bola sepak . bukan korang yang nak tentukan semua tuu . jadi , apepun yang berlaku mungkin ada hikmat disebalik semua tuu . langit tak selalu cerah . ada masa kita di atas , ada masa kita dibawah . doa dan harapan adalah perkara yg paling penting . sokongan pula jangan sampai setakat di tengah jalan jee . sokong pasukan korang sebagaimana korang sayang diri korang sendiri . nampak remeh , tapi semua ni perlu perjuangan , perlu kesabaran , mental kena kuat . ni baru tewas perlawanan pertama , dah buat spekulasi yang bangang . mana orang lain tak mara . bila komen , biar laa bernas . pakai otak bukan pakai kepala lutut . komen membina , bukan komen yang menjatuhkan pasukan dan moral pemain sendiri . bagi pasukan yang menanag , bagi aku . jangan terlalu angkuh . tu jee yang aku boleh cakap . jangan terlampau yakin . kadang2 ia boleh bertukar duka jua jikalau terlalu yakin .

ni,ha . satu lagi . bagi pasukan ada misi tersindiri . macam selangor misi 33 . okee . aku tak kesah semua ni . ape kesah . yang aku tengok rata2 komen di facebook . macam bangang jee . biar jee laa dye orang dengan misi dye orang . tercapai ke tak perkara kedua . peduli ape aku . tuu pasukan mereka . tp jujur aku cakap . jangan terlalu fanatik yang bangang . ni aku nak masuk bab bangang dan buat aku panas ! korang nak label pasukan tuu ape . lantak korang laa . tapi jangan label negeri tuu anjing . kau sape nak tentukan semua tuu ha ? korang panggil ' ....... anjing ' . kau ingat pemain aje laa yang terasa ? yang lain tak terasa ? rakyat negeri tuu tak terasa ke dengan kata2 kesat kau tuu ? wei . ada otak fikir laaa . jangan nak gaduh2 laa . Ini Malaysia ! semua sama jee . agak2 laa bila komen . dah laa . malas aku nak tulis panjang2 pasal ni . aku cakap pun , korang still komen yang bangang2 kan . so up to you .


Akhir,sekali aku nak cakap, selamat menyokong pasukan pilihan masing-masing okee . Buat pasukan bertanding edisi kali ini , selamat maju jaya . dan kat bawah ni , sejarah pasal Piala Malaysia :

Sejarah Piala Malaysia

1921 - Edisi pertama dipertandingkan di Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka.

1930 - Final Selangor melawan Singapura mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak.

1933 - Nama Piala Malaya di tukar ke Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang Inggeris HMS Malaya.

1942 - Piala HMS Malaya tidak dipertandingkan berikutan Perang Dunia Kedua selama lima tahun.


1948 - Piala HMS Malaya diadakan semula selepas tamat Perang Dunia Kedua.

1964 - Siaran secara langsung pertama ditayangkan di televisyen.

1967 - Piala HMS ditukar nama ke Piala Malaysia dan Perak muncul juara sulung.

1981 - Selangor bertemu Singapura di perlawanan akhir bagi kali ke-24.

1989 - Kuala Lumpur mencipta hatrik kejuaraan dengan menumpaskan lawan sama, Kedah tiga kali berturut-turut sejak 1987.

1998 - Perlawanan pertama diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

1999 - Sarawak dan Brunei pertama kali melangkah ke perlawanan akhir dengan Brunei muncul juara sulung.
- Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir.

2003 - Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia.

2004 - Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.

No comments:

Post a Comment