Pages

Monday, August 29, 2011

Perutusan Selamat Hari Raya Aidilfitri Untuk Tahun 1432H Daripada Shafiq


Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan tahun ini akan melabuhkan tirainya dan lepas tu opkos la syaitan dah boleh senyum semula. Huhu.. Alhamdulillah, puasa tahun ni Shafiq takde sangkut. Cuma banyak mana ganjaran puasa yang Shafiq dapat tu tak tahulah since Shafiq selalu ter’tidur sampai tak hingat dunia. Huhu.. Kamu camne pula? Dan bila Ramadhan sudah melabuhkan tirainya, pastinya seluruh umat Islam kat Malaysia ni serta negara-negara yang sama waktu dengan’nya akan menyambut Syawal pulak.

Oleh itu, sempena Syawal a.k.a Hari Raya yang bakal tiba ini, Shafiq terlebih dahulu mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon maaf zahir dan batin kat kamu semua especially korang yang selalu meng’uysa blog picisan ni dan Facebook . Maklumlah, ada kalanya jari Shafiq ini terlepas taip dan tak pasal-pasal ada yang terasa hati dengan entri yang Shafiq tuliskan. Begitu juga dengan komen-komen yang pernah Shafiq tuliskan di blog kalian dan dlm Facebook. Anggap saja apa yang Shafiq tuliskan itu seperti Shafiq membaling bola ke dinding dan melantun semula kepada Shafiq atau dalam bahasa mudahnya sebagai peringatan untuk diri sendiri juga.

Shafiq dah minta maaf ni, tak sah pula rasanya kalau Shafiq tau minta maaf je tapi tak reti nak maafkan korang pulak kan. Huhu.. So, di entri ini Shafiq dengan ikhlasnya dah maafkan korang kerana Shafiq percaya yang kita semua’nya sama. Tak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Yer la, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri (eh, apa kaitan? hahaha). Kadang-kadang apa yang kita lakukan adalah gurauan semata-mata tapi tak sangka pula gurauan tersebut membuat orang lain terasa hati. So, dalam tak sedar kita dah buat kesalahan di situ. Betul tak?

Ok la, dah habis sesi bermaaf-maafan, Shafiq nak bagi nasihat pula. Kepada korang yang akan berangkat balik ke kampung menggunakan kenderaan sendiri tu tak kira la kereta ke, motorsikal ke, basikal ke, silalah periksa kenderaan korang tu sebelum memulakan perjalanan ya. Bukan apa, takut nanti korang terpaksa beraya kat jalan raya pula. Huhu.. Dan yang paling penting, berhati-hati semasa memandu. Ingat tu! Yang bawak pengangkutan awam tu pulak, korang kena ingat yang nyawa kesemua penumpang berada di tangan korang. So, pandulah elok-elok dengan penuh rasa tanggungjawab. Jangan jadikan harapan mereka balik ke kampung bertukar kepada ‘kembali ke rahmatullah’ gara-gara kecuaian korang. Ada faham?

Akhir kata daripada Shafiq, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada duit raya lebih tu, jangan lupakan Shafiq di sini yer. Hehe..

P/s: Tak mampu nak bagi kad raya kat sebab kad raya dah susah nak dapat sekarang ni plus harga setem pun dah mahal. Dulu 30sen dah boleh pos tapi sekarang kalau takde 50sen jangan harap boleh pos. Jadi, tulis kat blog pun jadilah walaupun blog tak femes. Hee..

No comments:

Post a Comment