Pages

Monday, August 15, 2011

MERDEKA ? kita masih belum faham apa pada merdeka di negara ini.


Assalamualaikum semua,firstly aku nak cakap Selamat Menyambut Ramahdan Al-Mubarak.mmg bagi aku pun dah tertalu lewat untuk ucapkan salam ramadhan ini.Tapi tak salaa kan.Mungkin aku dah lama tak meng-update blog aku sendiri.Bukan kerana sibuk atauoun terlalu malas nak update blog.Tapi tak ada idea yang cukup untuk menulis blog.Bulan ini bulan yang sungguh mulia disisi Allah.Namun kita tidak seharusnya melupakan bulan kemerdekaan.Umumnya ramai sudah tahu kebaikan di bulan ramadhan ini dan puasa ini.Bagi aku.aku tak mahu ulas panjang bagi perkara ini.Dekat artikel dalam internet pun bertimbun-timbun fadhilat di blan ramadhan ini.Sampai tak terbaca artikel semua ni.Yang aku nak ulas atau nak kongsi cerita pada semua ialah Bulan Kemerdekaan.Tapi kisah ni.sesaja menggodek laman2 web dan baca artikel2 yang ada kat dalamnya , aku terbaca satu artikel berikut:

Sebuah sekolah di Jitra,Kedah telah mengadakan "Menu Penjajahan" sebagai satu cara untuk menginsafkan generasi muda bahawa pentingnya kemerdekaan.Antara menu di waktu rehat mereka seperti ubi kayu rebus,ikan kering goreng,jantung pisang dan ubi keledek rebus,dimana telah menjadi makanan ruji semasa zaman Penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua,bagi menyedarkan generasi muda agar tidak leka dengan kemajuan yang dinikmati pada hari ini,sebenarnya hasil perjuangan pada zaman dahulu.

Nenek bercerita tentang kehidupannya di Tanah Melayu pada zaman Jepun,pada masa itu dia baru berusia 16 tahun dan baru saja berkahwin dengan arwah datuk saya.Jepun dan kapal terbangnya - bising sangat.Bom meletup sana sini,makanan dicatu dan ya - mereka semua makan ubi kayu rebus untuk terus hidup.

Ya,Tanah Melayu pada masa itu tidak mampu berdiri sendiri.Dari Portugis ke Belanda ke Inggeris dan ke Jepun - walaupun ada raja tapi raja tak boleh buat apa-apa.Rakyat takut untuk persoal raja sebab raja diceritakan mempunyai daulat,mempunyai tulah dan sebagainya.Mereka kata raja ketua agama,ketua negeri - tapi hakikatnya,British yang empunya kuasa.Kemudian zaman perang - Jepun pula berkuasa.

Satu soalan - dimana raja ketika rakyat menderita makan ubi kayu?Di mana raja ketika rakyat dipaksa minum air sabun?Dan dimana raja ketika beribu-ribu rakyat Tanah Melayu dihantar ke Burma untuk membina Jambatan Keretapi Maut?

Maka sudah tentunya ramai yang akan menyanggah kata s.kuMereka kata raja Payung Negara.Jadi payung ini sebenarnya terpulang kepada siapa yang memegang tangkainya - rakyat dibawah akan menjadi semut di tepi pasir - lantak kau lah kena hujan ke tak.

Jadi bulan Ogos memang bulan yang selalu orang berkata tentang patriotisme,nasionalisme dan cintakan negara.Pada masa inilah semua orang bercerita tentang zaman Jepun,zaman sebelum merdeka - kita hidup susah.Ya saya akui - zaman itu kita semua hidup susah.Tapi selepas "merdeka" - apakah kita ini benar-benar merdeka?Apa itu merdeka sebenarnya?

Aku masih ada mendengar lagi jauh nun di Sabah ada lagi orang memakan siput babi sebagai diet harian mereka.Aku rasa antara ubi kayu dan siput babi,teruk lagi siput babi - kecuali jika anda di Perancis,siput babi menjadi makanan yang mengenakkan.Mereka bercerita tentang kesusahan pada zaman penjajahan - apa pula cerita orang-orang di Sabah dan Sarawak?Tak perlu pergi ke sana - data-data rasmi dari UN semuanya aku cari.Sabah - purata kemiskinan tegar di sana adalah 5 kali ganda dari yang di Semenanjung.Sedangkan mereka mempunyai hasil bumi yang sangat kaya - dari petroleum,gas asli,kayu kayan hinggalah ke pelancongan.Kenapa jadi begini?

Jadi ramailah yang berkata - zaman sekarang semuanya beruntung.Dulu orang kita susah,sekarang kita senang.Tell me,apa yang "merdeka" kalau masih ada lagi warga kita yang masih makan siput babi untuk meneruskan kehidupan?

Apa erti kemerdekaan sebenarnya?Kita ada matawang sendiri?Kad pengenalan sendiri?Ada sistem pentadbiran sendiri?Begitu?

Sesiapa yang ada pasport cuba lihat di belakang - sekiranya tidak ada wakil duta atau konsulat di sesebuah negara yang anda lawati,bolehlah dirujuk kepada kedutaan United Kingdom.

Apabila kita ada kekalutan dalam undang-undang,kita akan terus merujuk ke Bar Council yang membuat undang-undang di United Kingdom.

Ada yang berkata merdeka itu kita tidak bergantung kepada negara lain untuk mentadbir.Apakah kemerdekaan yang anda maksudkan itu seperti kerajaan junta di Myanmmar atau kerajaan Juche di Korea Utara?Dimana kerajaan mereka mengasingkan diri tanpa influence dari luar datang kepada rakyat?Apakah kita tidak bergantung kepada orang lain?Politik,ekonomi,sosial - kita semua masih lagi bergantung kepada orang lain.

Definisi merdeka kita adalah - warna warni perarakan dan bunga api pada malam merdeka.Ada pesta concert dan ada artis-artis menghiburkan anda?

Apakah definisi merdeka kita,tidak lagi makan ubi rebus dan ikan kering lagi?Atau ubi keledek dan jantung pisang lagi?

Definisi kemerdekaan aku adalah bila seluruh manusia di dunia ini tidak ada lagi ditindas,tidak ada lagi yang makan siput babi kerana tidak cukup makanan(kita kecualikan orang Perancis),tidak ada lagi orang yang berebut-rebut susu tepung UNHCR,tidak ada lagi pembunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Burma,Darfur,Rwanda atau Selatan Thailand,tidak ada lagi Bangla yang dipaksa bekerja 100 jam sebulan untuk mendapatkan RM400,tidak ada lagi wanita ditangkap dan dirogol di penjara seperti di Iran,tidak ada lagi orang dibunuh kerana anutan agama atau warna kulit yang berlainan,dan tidak ada lagi manusia yang hidup dalam kesempitan,terpaksa melakukan jenayah untuk terus hidup dan tidak ada lagi manusia dua tiga kerat sibuk untuk menghukum dari nak bercerita tentang masalah yang sebenar - kemiskinan.

Orang tak mencuri kerana hobi.Orang tak melacur kerana kesedapan.Orang tak merompak kerana nak jadi cool.Dan orang tak membunuh sebab best gila.Semua penjenayah yang buat ini semua - adalah kerana kita seluruh umat manusia dipaksa untuk mengikut sistem yang gila ini.Dan orang yang sedap tekak bercerita tentang hukuman itu dan hukuman ini - anda tidak menyelesaikan masalah.

Kita sebenarnya semuanya masih dijajah.Bukan entiti negara yang menjajah kita,tetapi entiti kelas yang dipanggil sebagai BORJOIS ini yang menjajah.Tak kira,dari Pakistan ke Macau,dari Iran ke Argentina,dari Burma ke Portugal,dari Malaysia ke Albania - warga buruh,warga penganggur - semuanya masih ditindas.

Tak berguna bercerita tentang merdeka kalau kita masih tak sedar baju Nike Manchester United yang dipakai itu dijahit oleh buruh kasar di El Salvador yang gajinya RM2 sehari.Tak guna bercerita tentang merdeka kalau kita masih lagi sibuk mencari baju terbaru Gucci sedangkan orang yang membuat benang dan orang yang memintal kapas untuk dijadikan benang masih lagi hidupnya gaji RM2 sehari.

Kita rasa kita sudah maju,sudah berjaya,ada kereta Proton Saga,ada Cyberjaya - tapi sebenarnya kita hanya jadi satu kelompok manusia yang pentingkan diri sendiri.

Tak guna bercerita tentang ubi kayu,jantung pisang dan ikan masin kalau masih ada lagi kelompok manusia yang makan cacing tanah dan ulat gonggok untuk terus hidup.Atau paling dekat dengan kita - siput babi.

p/s:Nak makan siput babi yang sedap - tanya orang Perancis.

No comments:

Post a Comment