Pages

Friday, March 18, 2011

Harimau Malaya sekadar bertemu pasukan kelab


KELANA JAYA, (D5) - Selepas Iran dan Sri Lanka, pasukan kebangsaan Oman pula terpaksa menolak hasrat skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal untuk mengadakan perlawanan persahabatan menerusi surat rasmi yang dikirimkan ke FAM.

Skuad kebangsaan bakal memulakan latihan pusat pada 21 Mac ini dan hanya dicabar kelab Perancis, Etoile FC yang beraksi di Liga Singpuara pada 26 Mac ini.

Berita itu menyaksikan Harimau Malaya terpaksa melupakan sebarang perlawanan kompetitif sehingga Mei ini sebagai persiapan kelayakan Piala Dunia Jun ini.

"Pada April ini kita tak boleh mengadakan perlawanan persahabtan kerana jadual liga," katanya merujuk jadual Liga Malaysia yang padat.

info : Astro Arena

No comments:

Post a Comment