Pages

Sunday, January 23, 2011

bermulanya!

Assalamualaikum semua..menjelang sepak mula Liga Super dan Liga Perdana musim 2011 ramai yang sudah mempunyai pasukan pilihan masing-masing.Semua pasukan giat melakukan persiapan yang boleh kira saat-saat akhir.Kalau diikutkan hampir setiap hari ada perlawanan persahabatan.Namun kita tidak perlu lupa apa peranan yang dimainkan oleh pemain ke-12!.Itulah yang amat dinantikan bukan sahaja persembahan yang menarik ditampilkan oleh setiap pemain dan pasukan namun gelagat pemain ke-12 yang bersiap sedia untuk memberikan sokongan yang padu.Apa yang dimaksudkan oleh saya pemain ke-12 ialah penyokong bola sepak.Ramai yang menganggap semua itu perkara yang remeh.Namun cuba kita fikirkan apabila stadium kosong tanpa sokongan oleh penyokong.Mesti senyap!.Berbeza dengan penonton bola sepak yang cuma menonton bola sepak,tetapi mereka tak menyokong pun.Cuma lihat!.Tak sokong!.

Bagi aku peranan pemain yang ke-12 amat penting dalam meningkatkan semangat pemain.Ramai yang anggap diri itu pemain ke-12.Namun bagi aku,pemain ke-12 ialah ULTRAS!.Berpijak pada bumi yang nyata!.Kami menyokong!Kami bukan pengganas!We just hooligan!.Sejak minggu lepas banyak aktiviti yang dianjurkan oleh Ultras disetiap negeri.Ultras Tranung dengan banner dan tranning chants!.Silver State Ultras ( Perak) dengan banner yang dibuat hasil kerjasama oleh ahli-ahlinya!.Dan semalam Ultras Kelantan berganding bahu dengan menghasilkan banner sejak dari pagi hingga ke malam!.Ini lah yang dinamakan semangat pemain ke-12!.Ada yang cuba memperlekehkan kami.Namun semua itu hanya kata-kata sahaja bagi mereka yang mempunyai minda yang sempit.Kami sokong tak kira menang atau kalah!.






No comments:

Post a Comment