Pages

Tuesday, December 07, 2010

i not LALANG! but i just give REASON!

Setelah melihat aksi permainan Loas ketika menentang Thailand dan pasukan Philippines melawan Vietnam jelas bahawa bolasepak kedua-dua negara ini begitu pesat membangun. Kedua-dua pasukan ini suatu ketika dulu hanyalah pasukan kerdil yang berbanding dengan pasukan kita pada era 70an hingga lewat 90an. Saya amat yakin bahawa pasukan kita bakal berdepan masalah besar untuk menundukkan pasukan Loas pada kali ini.

Saya tidak ingin mengulas tentang kelemahan pada pihak pengurusan FAM mahupun pasukan negeri. Namun apa yang sangat jelas pada pandangan saya ialah pemain tidak mempunyai asas tentang permainan bolasepak. Seolah - olah apabila nama mereka dipanggil oleh FAM untuk kem negara, mereka hadir dan terus ditunjuk ajar taktikal permainan oleh jurulatih. Falsafah tentang permainan secara berpasukan mengikut strategi dan taktikal kurang difahami oleh pemain. Masuk pada terus warm up, dengar taklimat jurulatih dan terus bermain.

Namun sebelum kita masuk kepada perkara taktikal, mari kita lihat dahulu perkara asas yang sering kita terlepas pandang iaitu asas menendang bola. Ini kerana tendangan pada bahagian kaki lebih banyak berbanding pada bahagian lain seperti dada dan kepala. Perkara pertama ialah ketidakbolehan permain menendang dengan kedua-dua belah kaki dengan baik. Pemain yang kebiasaan menendang bola dengan menggunakan kaki kanan tidak boleh menendang dengan baik pada kaki kiri. Ini sangat ketara sekali buat pemain Malaysia. Contohnya kapten Pasukan Malaysia ketika berdepan Negara China Sukan Asia (Safiq Rahim) yang berada pada posisi kiri terpaksa memusingkan ke belakang untuk menggunakan kaki kanan bagi hantaran lintang kehadapan untuk penyerang. Dengan mudah lawan mematahkan hantaran beliau kerana gerak tubuh pemain dapat dikesan awal oleh lawan. Sama juga ketika menentang Indonesia (AFF Cup) ketika beliau seharusnya merembat bola dalam kotak penalti namun memilih lorongan lemah dan liar kepada rakan lain kerana tiada keyakinan untuk melepaskan tendangan padu kaki kiri.

Asas hantaran bola sesama rakan juga amat lemah dan memalukan seperti kita baru belajar bolasepak. Pemain harus tahu menggunakan setiap inci bahagian kaki untuk menendang bola. Amat jarang saya lihat pemain menggunakan bahagian depan hujung kaki untuk buat hantaran rendah dan dekat kepada rakan seolah-olah mereka hanya tahu menyepak bola denga satu cara sahaja. Menyepak dengan cara yang betul untuk keadaan yang sesuai agar hantaran lebih kemas, pantas dan senang disambung oleh rakan-rakan yang lain. Gunakan segala yang ada seperti tumit, tapak kaki dan sebagainya untuk membuat pelbagai hantaran. Perkara asas ini perlu diasah oleh pemain itu sendiri jika tidak mereka akan sentiasa hilang kawalan dan hantaran disekat.

Satu perkara yang sangat saya hairan ialah kegemaran pemain menghantar bola tinggi dari bahagian bawah kehadapan tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Hantaran tinggi memerlukan pemain hadapan memiliki kemahiran yang tinggi seperti kawalan diudara dan stop ball yang baik disamping mendapat umpanan yang kemas. Pasukan-pasukan seperti Thailand, Vietnam malah Loas sendiripun tidak melakukan hantaran long ball seperti kita sebaliknya mereka mengatur bola dari bawah, tengah dan keatas. Jika mereka terpaksa membuat hantaran tinggi pun, hantaran mereka tepat dan jarang tersasar. Kita macam main ping-pong. Hantaran rendah dan dekat amat sesuai untuk kita bersaiz agak rendah berbanding pemain Eropah walaupun kita bukan berhadapan dengan mereka, adalah lebih baik kita mempraktikan corak permainan seperti ini. Selain senang untuk dikawal hantaran rendah boleh disambung terus kepada rakan yang lain dengan cara yang pantas dan kemas.

Bila bercakap soal saiz tubuh badab pemain kita, saya ingin mengulas sedikit sebanyak. Jika dahulu pemain yang tinggi serta tegap akan berada pada posisi pertahanan manakala pemain yang lincah serta memiliki penyudah yang tajam ditambah dengan naluri killer akan bermain dibahagain depan. Bahagian tengah tidak memerlukan pemain yang tinggi atau tegap. yang kurus ke, pendek ke, tak apa janji mempunyai skil yang baik, hantaran kehadapan yang tepat serta mampu embaca permainan serta mengatur pemainan menjadi pilihan pada posisi ini. Tapi pemain sekarang tak tentu. Yang pendek dan kering tinggal tulang pun jadi bek. Mungkin masa nak main bola, mereka sendiri yang tentukan nak main posisi apa, bukan jurulatih, bukan berdasarkan kebolehan mereka.

Perkara asas seperti inilah yang membezakan pemain dulu dan pemain sekarang. Setakat boleh gentel-gentel bola sikit, lari laju sikit terus boleh main bola. Sekali lawan buat body contact terus terkankang terhumbang tepi padang. Taktikal moden dan strategi permainan baru yang diterapkan oleh jurulatih akan jadi sia-sia jika hantaran yang liar, stop ball yang lemah ditambah dengan stamina yang kurang serta faktor mental dan ketahanan yang kurang, saya amat yakin kita tidak boleh maju dalam bolasepak. Tiada niat saya hendak menghina mana-mana pemain di sini atau penyokong bolasepak kita. Bolasepak kita adalah tanggungjawap kita bersama. Jika kita melihat anak-anak muda bermain bolasepak tanpa berkasut, nasihat mereka agar memakai kasut yang sesuai. Ajar mereka asas yang betul tentang bolasepak. Bila bermain bersama mereka, jangan biarkan mereka terkejar-kejar bola. Latih mereka bermain secara terbuka, tersusun dan galakkan mereka mencuba pelbagai skil.

Sekian, Agar suatu hari nanti kita kembali digeruni oleh Korea Selatan serta bersaing dengan negara yang sudah maju dalam bolasepak

No comments:

Post a Comment