Pages

Wednesday, September 15, 2010

Bukan Drama Cinta Cerekarama TV3

Peace. Cerita ini adalah hasil nukilan seorang blogger (bukan saya) yang telah saya "copy" dan "paste" kan kat sini untuk dikongsi bersama warga kampung. Cerita cinta yang bagi saya, agak sweet. Kisah ini diilhamkan oleh penulis asal berdasarkan kisah sebenar yang terjadi kepada kawan beliau. Setelah ditokok tambah segala perisa dan serbuk garam, maka jadilah sebuah karya yang enak dibaca. Mula-mula saya baca terasa sangat real. Dan tersenyum sendiri. :)


Would you believe me when I tell you
You're the queen of my heart
Please don't deceive me when I hurt you
Just ain't the way it seems

Can you feel my love buzz?

Setiap hari bila pagi menyingsing aku bangun pagi untuk bekerja.Kasut Converse,seluar jeans lusuh dan baju bundle adalah uniform aku.Dan setiap pagi selepas bangun dan mandi dan gosok gigi,aku keluar dan berjalan tanpa pernah memikirkan apa yang akan berlaku pada hari esok,atau hari semalam.Apa yang berlaku di kiri,di kanan atau di belakang aku tak pernah perhati atau terfikir.Yang aku fikir - apa yang di depan mata,jalan terus.Aku bukan pemerhati yang baik.

Sampai di warung pacak Pak Naseem aku melabuhkan punggung aku ke kerusi.Teh o dan sebungkus nasi lemak sebagai permulaan pagi.Tanpa buang masa,lepas makan,bayar,pergi.Itulah rutin aku sehari-hari.

Sampai di tempat kerja - aku terus ke belakang stor menyusun kotak-kotak dan barang-barang.Lepas habis rokok aku balun sebatang rokok di belakang.Pandang-pandang belakang takut-takut kantoi dengan supervisor.Hari tu dah dapat warning letter.

Balik kerja pukul 6 petang - terus menapak.Aku terus lepak di mapley.Aku macam biasa makan megi goreng dengan teh o suam.Mapley tu pun dah tau muka aku ni muka makan megi.

Balik dari makan,bayar dan pergi - aku terus berjalan dan berjalan.Dan ketika aku melintas jalan tiba-tiba ada sebuah kereta berwarna merah yang aku rasa breknya tak makan terus melanggar aku.Cibs sakit kaki aku - dihentak kereta tu.Minah tu keluar dari kereta "ooh sorry sorry sorry".Aku tak banyak cakap - aku terus blah.Aku tak nak mengada-ngada.Sengal sikit la lutut aku tapi aku masih boleh berjalan.

Peristiwa lepas aku tak fikir.Sebatang lagi rokok aku nyalakan.Sambil tu aku cuba hidupkan mini compo yang dah berbelas tahun yang dibeli arwah nenek aku lepas aku bersunat.Mini compo inilah yang mengeluarkan suara Cobain,Vedder,Mark Arm,Fathullah,Aru dan Emmet serta beberapa mamat Gombak atau Selayang yang aku tak kenal nama - tapi aku layan demonya.Mini compo ini yang menemani malam-malam aku mendengar lagu-lagu yang dimainkan DJ Ismahalil Hamzah atau cerita hantunya yang menyeramkan - ini saja peneman hidup aku.

Ramai member aku yang dah kahwin.Setiap kali dorang hantar kad jemputan dan aku pergi tengok mereka bersanding,aku tersenyum.Awek?Kenapa aku tak ada awek?Ye ke aku takde nafsu nak ada awek?

Aku pernah ada awek masa umur aku Form 4.Nama dia Sarah.Aku kenal dengan dia masa aku pergi gig nak tengok band Saturnine,Spunky Funggy dengan Stone Angelina main.Masa tu gig ada kat Blue Planet.Aku kenal minah ni masa aku on the way nak masuk gig.Minah ni duduk kat depan pintu tercongong bodoh je.Aku tengok dia,kenapa tak nak masuk?Dia kata wallet dia hilang,kat mana kena copet dia pun tak tau.Aku keluarkan duit aku dan ajak dia masuk sekali.Sejak itu kami berkenalan.

Kami berkawan rapat pada mulanya sebab dia cakap dia dah ada balak.Mulanya bahasakan diri kau aku je.Dia ni rupa-rupanya duduk kat area-area rumah aku je walaupun sekolah lain-lain.Pada hari dia clash dengan balak dia,dia call rumah aku.

"Hello,Hafiz ada?"
"Ya,siapa ni?"
"Ni aku la Sarah.Jom pergi keluar dengan aku"
"Keluar pergi mana sial,dah pukul berapa ni?"
"Ala jom la,aku takde kawan ni.Aku tak tau nak cakap dengan siapa sekarang"
"Ha ye la ye la,tunggu aku kat Restoran Mahfuz".

Sarah menunggu aku sambil memakai sweater Dead Kennedy's.Aku terus duduk melabuhkan punggung aku ke kerusi.

"Ha,apahal?"
"Aku baru break up dengan balak aku"
"Laa..kenapa balak kau dumped kau?"
"Sebab ada minah hopper yang cun dari aku,dia suka kat minah tu,lepas dah dapat,tinggalkan aku"
"Bodoh la balak kau,dapat awek cantik pun nak cari lagi ke?"
"Hah,aku cantik ke?"
"Ye la"
"Kau jangan nak bagi aku perasan"
"Haha kau dah kembang bontot ke?Hahaha!"
"Blah la kau,bukan nak pujuk aku time sedih ni."
"Nah aku bagi kau kaset ni.Kau dengar band ni cover lagu Nirvana yang cover lagu band Belanda Shocking Blue.Lagu Love Buzz"
"Berapa banyak punya cover la.Weh,apa nama band ni?"
"Band ni nama Mangkuk Hayun.Lagu-lagu lain semua sendiri tulis."
"Eh,cakap la ni band kau Hafiz.Kau ni rupa-rupanya hebat jugak.Aku nampak kau selenge je,ada bakat jugak kau ni."
"Mana ada bakat,aku nak bagi kau dengar je lagu Love Buzz ni"
"Hafiz,minggu depan ada gig kat Warp.Spunky Funggy,Custom Daisy,Private Whizz,semua main.Kita pergi sekali nak?"
"Kau payung aku la,lagipun kau hutang aku satu gig kan?"

Sejak dari hari tu,timbul satu perasaan yang pelik,geletek,geli geleman dan poyo dari hati ni.Dan perasaan yang pelik,geletek,geli geleman dan poyo itulah yang sebenarnya seronok untuk dilayan.

Pada hari gig tu,aku takde kerja duduk-duduk kat tepi tangga dengan Sarah.Aku tiba-tiba conteng kat hujung kasut Bata aku I ♥ Sarah.Sarah nampak,tersenyum.Tiba-tiba dia rampas pen dari aku - dan tulis kat kasut Converse dia - Hafiz is My Love Buzz.Kami berdua diam - tapi dalam hati rasa macam nak melompat-lompat.

Kalau Kurt Cobain ada Tobi Vail(sebelum Courtney Love),kalau Sid Vicious ada Nancy Spungen,aku ada Sarah.Dan setiap kali band aku Mangkuk Hayun berjamming,mesti aku bawak Sarah sekali.Dan kalau aku bawak Sarah - aku mesti cover lagu Nirvana yang dicover dari Shocking Blue - Love Buzz.

Tapi satu hari terkantoi identiti si Sarah ni - rupanya Sarah ni anak Datuk somebody somebody.Aku tau benda ni bila member aku yang bagitau benda ni.Malam tu aku pergi kat rumah Datuk ni untuk buktikan yang si Sarah ni duduk kat sini.Aku call dari public berdekatan rumah dia - panggil Sarah untuk ajak dia keluar.Tunggu kat Restoran Mahfuz macam biasa.

10 minit kemudian,Sarah keluar dari rumah.Pakai stokin dan kasut.Berderau aku nampak kereta BMW,dengan sebijik kereta Subaru kat depan rumah dia.Rumah dia besar gedabak - aku pulak duduk kat rumah flat je dengan family aku.Bapak aku pesara polis.Mak aku pulak jual nasi lemak pagi-pagi.Aku takut,aku panik.

Malam tu jugak aku cakap aku nak berpisah dengan Sarah.Aku takut - satu hari nanti ayah dia mak dia cakap bukan-bukan pasal aku.Aku tak nak taraf keluarga aku nanti akan jadi sebab aku kena ludah dengan family dia.

"Kenapa tak pernah bagitau yang Sarah duduk kat rumah tu?"
"Sebab takut benda-benda macam ni la Hafiz..Sarah tak kisah ni semua"
"Sarah memang tak kisah,tapi mak bapak Sarah akan kisah!"
"Biarlah dorang kisah,lantak dorang la!Yang penting Sarah nak happy.Sarah tak happy jadi orang kaya raya ni.Sarah kalau boleh nak duduk rumah flat je"
"Cakap senanglah!"

Aku blah je dari Sarah.Biarkan dia sorang-sorang.Dia tak kejar aku balik - barangkali dah terlalu sedih.Aku sebenarnya sedih sebab aku pun sayangkan Sarah,tapi aku takut status kelas masyarakat akhirnya menyingkirkan aku.Sebelum aku sakit hati di kemudian hari,lagi baik aku blah awal-awal.

Sebelas tahun berlalu,aku masih lagi dengar lagu Love Buzz kat mini compo aku.Bila aku dengar lagu ni,aku teringat kat Sarah,gadis gig yang buat aku rasa gembira.

Aku masih lagi pakai kasut I ♥ Sarah tu lagi.Korang rasa Sarah tu pakai tak lagi kasut "Hafiz Is My Love Buzz" tu?

Sementara tu,aku lihat perempuan-perempuan makin ramai jadi bimbo.Aku tengok kat tempat aku kerja setiap hari cuci mata.Tapi kenapa takde sorang pun yang boleh buat perasaan pelik,geletek,geli geleman dan poyo tapi best tu keluar balik hah?

No comments:

Post a Comment